fbpx

Rara nafi anjur program jana pendapatan mingguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNG Syefura (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Gurdwara Sahib Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh di Bentong, hari ini.

BENTONG – Scammer terus melakukan pelbagai cara bagi menipu termasuk menggunakan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, untuk memperdaya mangsa.

Young Syefura berkata, beliau menerima aduan mengenai seorang individu yang mendakwa diri sebagai wakil beliau dalam hantaran di Instagram yang sedang menjalan satu program bagi menjana pendapatan mingguan.

“Scammer berkenaan mengajak orang ramai untuk menyertai program tersebut dengan menghubungi nombor telefon yang diberi.

“Saya menafikan perkara ini kerana pejabat Parlimen Bentong tidak pernah menganjurkan program tersebut dan ini adalah berita palsu untuk ‘scam’,”katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Gurdwara Sahib Bentong yang diserahkan kepada Pengerusi Gurdwara Sahib Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh.

Menurut Young Syefura pejabat beliau telah membuat laporan polis pada Isnin lalu dan berharap tindakan segera dapat dilakukan bagi mengelakkan penipuan.

Katanya, ini adalah berita palsu yang bertujuan untuk memperdaya mangsa dan ia perlu dihentikan segera.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan menerima laporan berkenaan kes itu. – KOSMO! ONLINDE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI