KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz dilihat tidak tersenarai sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos nanti.
Terdahulu media melaporkan Tengku Zafrul menyifatkan ketiadaan nama beliau dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) memberi mesej jelas bahawa beliau bukan sebahagian strategi parti.
Bagaimanapun, beliau selaku ahli parti memberitahu akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE.