fbpx

PRN: BN umum senarai calon malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon parti yang bakal bertanding di enam negeri dalam pilihan raya negeri (PRN) pada malam ini.

Senarai calon bakal diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Pengumuman calon difahamkan diadakan secara serentak bagi enam negeri yang terlibat dengan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di enam negeri itu pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN 2023 ini melibatkan 36 DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI