fbpx

PRN: 108 calon BN bakal bertanding di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan seramai 108 orang calon bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos nanti.

Menurutnya, calon-calon yang bakal bertanding terdiri daripada calon baharu, penyandang sedia ada serta calon yang pernah bertanding sebelumnya.

“Daripada 245 kerusi, Insha-Allah BN letak seramai 108 orang calon.

“Calon baharu adalah 63 peratus, 17 peratus penyandang sedia ada yang telah dicalonkan semula.

“Seterusnya, 20 peratus adalah mereka yang pernah bertanding sebelum ini,” ujarnya ketika dalam Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Dewan Tun Hussein Onn, di sini, malam ini.

Pada masa sama, beliau yakin senarai calon BN yang bakal bertanding mampu memperkukuhkan lagi kerajaan Perpaduan kelak.

“Insha-Allah kita bakal perkukuhkan kedudukan di enam negeri dalam PRN yang akan datang,” tegasnya.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI