fbpx

Perjanjian akses 5G, DNB akan dimuktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, lima syarikat telekomunikasi itu seterusnya akan menyokong pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk pada akhir 2023 sebelum beralih kepada model dwirangkaian seawal Januari 2024.

“Pihak syarikat penyedia perkhidmatan akan mengambil semua tindakan tata kelola sewajarnya bagi menyempurnakan proses ini.

“Setakat 30 Jun 2023, DNB telah membangunkan infrastruktur rangkaian 5G meliputi 64.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu Fahmi berkata, pihak Maxis telah memulakan proses untuk menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB setelah beberapa isu berkaitan perkara tersebut dimuktamadkan pada 11 Julai lalu.

“Pelanggan Maxis akan mula menikmati perkhidmatan 5G setelah Maxis mendapat kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), bulan depan.

“CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications telah pun menawarkan perkhidmatan 5G selepas menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB sejak tahun lalu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI