fbpx

Pemandu wanita jangan pamer pelekat Barbie pada kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pelekat Barbie yang dilihat mampu mengundang bahaya kepada pemandu wanita.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter mengingatkan para pemandu wanita agar tidak terlalu menonjolkan ciri-ciri feminin pada kenderaan yang dimiliki mereka seperti menggunakan pelekat label Barbie.

Menurut Azyan Draws di Twitternya, perkara berkenaan tidak boleh dipandang remeh oleh para wanita berikutan faktor keselamatan diri yang perlu diambil berat.

“Ini mungkin comel tetapi saya pernah mendapat nasihat supaya jangan memperlihatkan kereta seperti dimiliki seorang wanita. Ia disebabkan faktor keselamatan.

“Ia juga terpakai sekiranya meletakkan pakaian mewah di belakang tingkap kereta atau memilih warna merah jambu. Saya mendapat nasihat ini disebabkan saya suka warna merah jambu.

“Sekadar berkongsi untuk mereka yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga,” ciapnya di Twitter.

Sehubungan itu, ramai pengguna Twitter turut bersetuju dengan nasihat yang diberikan selain berkongsi pengalaman yang dialami mereka.

“Betul! Disebabkan tempat parkir kawasan kerja menakutkan jadi aku letak pelekat mafia, tengkorak sebab nak bagi nampak macam kereta lelaki,” komen Gorjes.

“Kereta saya hias macam kereta lelaki disebabkan dulu pernah ada yang ikut dari belakang. Trauma!,” ujar Ishayanggg.

“Saya pilih warna kereta yang maskulin disebabkan selalu kena dengan pemandu kereta lain. Ya, saya suka warna yang cantik dan estetik tetapi saya perlu lebih menghargai hidup saya,” ujar Jazreen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI