fbpx

Malaysia puji UNHRC lulus resolusi tangani kebencian agama – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia memuji tindakan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan resolusi menangani kebencian agama susulan insiden membakar al-Quran yang berlaku di Sweden, bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bagaimanapun amat malang apabila ada antara negara anggota yang tidak bersetuju kononnya atas hak kebebasan bersuara walaupun langkah progresif ini diambil bagi menentang Islamofobia.

Katanya, penggunaan kebebasan bersuara yang memalukan sebagai perisai, menyebabkan ia terdedah kepada pencabulan dalam membenarkan kebencian dan kekejaman daripada menentang kezaliman.

“Api kebencian menyembunyikan perbuatan keji mereka di sebalik topeng kebebasan bersuara seperti yang ditunjukkan oleh negara anggota yang tidak bersetuju.

“Sama seperti kita menolak keterlaluan totalitarianisme, tanggapan ekstremis tentang kebebasan adalah sama-sama merugikan masyarakat, yang boleh membawa kepada pelanggaran terhadap keselamatan dan hak orang lain untuk hidup,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Resolusi berkenaan diusulkan oleh Pakistan yang mewakili Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan 28 daripada 47 negara anggota UNHRC menyokong draf resolusi itu, termasuk Malaysia, China, Ukraine dan sebahagian besar negara Afrika.

Antara negara barat yang menentang resolusi berkenaan terdiri dariapada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis.

Anwar berkata, Islamofobia merupakan racun yang boleh mengancam negara-negara barat sama seperti ia mengancam umat Islam di mana-mana negara yang mereka tinggal.

“Semua masyarakat tidak boleh menyelesaikan isu ini dengan membakar dan mencemarkan kitab masing-masing, tetapi perlu dibaca dan terlibat menerusi dialog,” katanya.

Biarpun UNHRC berani menentang kebencian ini, Perdana Menteri berharap golongan penentang itu dapat menggunakan kuasa mereka dengan memastikan segala tindakan dan kata-kata tidak menjerumuskan kepada keburukan dan ketidakadilan terhadap rakyat serta hak mereka yang dipertahankan.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas menentang Islamofobia dan menunggu hasil siasatan polis Sweden dalam menterjemahkan pendirian itu.

“Kemudaratan dan kesakitan yang disebabkan oleh perbuatan segelintir orang hanya boleh diimbangi oleh kita yang lain untuk berdiri bersama dan memilih untuk saling menghormati menunjukkan belas kasihan dan mencari persefahaman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI