fbpx

Lelaki hilang disambar buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba sedang melaksanakan operasi SAR bagi mencari seorang lelaki warga emas yang hilang disyaki dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau. Foto IHSAN BOMBA

TAWAU – Seorang lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Rabu lalu dan kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira pukul 4 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, pukul 7.03 pagi semalam, untuk memaklumkan mangsa dibaham buaya di kawasan sungai berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika turun ke bot kira-kira pukul 4 pagi kelmarin.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan bot dengan kaedah surface searching (pencarian di permukaan).

“Pencarian dilakukan di sepanjang muara sungai dengan radius tiga kilometer. Mangsa belum ditemui dan operasi akan disambung pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI