fbpx

Lelaki didakwa tipu rakan jual kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Normizan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan memperdaya seorang kenalan lama berhubung urusan jual beli kereta Proton Wira, enam tahun lalu.

KUALA PILAH – Seorang lelaki yang bekerja sebagai ‘freelance’ (bebas) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan memperdaya seorang kenalan lama berhubung urusan jual beli kereta Proton Wira, enam tahun lalu.

Tertuduh, Normizan Md Nor, 49, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang lelaki dengan memperdayakan untuk mempercayai akan menyerahkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dalam urusan juga beli seperti yang dijanjikan dan menyerahkan wang berjumlah RM5,300.

Kesalahan itu dilakukan di antara 10 Januari 2017 hingga 23 Januari 2017 antara pukul 3.04 petang hingga 6.36 petang di mesin deposit tunai (CDM) CIMB Bank Cawangan Kuala Pulah.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dan tarikh sebutan semula kes pada 4 Ogos ini.

Difahamkan, mangsa telah didatangi kenalan lamanya iaitu tertuduh pada penghujung tahun 2016 dan ditawarkan sebuah kenderaan terpakai jenis Proton Wira dengan harga RM5,600.

Mangsa yang tertarik membuat temujanji untuk melihat kenderaan tersebut terlebih dahulu. Selepas melihat kenderaan tersebut masih dalam keadaan baik, mangsa telah membuat pembayaran, namun tidak memperoleh kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI