fbpx

Lelaki dibunuh dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang suspek selepas disyaki terbabit kes bunuh di sebuah kawasan ladang di Merotai, Tawau. Foto IHSAN POLIS

TAWAU – Seorang pekerja ladang ditemui maut, dipercayai dibunuh dalam sebuah kawasan ladang di Merotai, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa lelaki warga asing berusia 33 tahun ditemui dengan beberapa kesan luka di bahagian badan dan kepala dipercayai ditikam menggunakan benda tajam jenis tombak.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat suspek pada pukul 12.27 tengah hari.

Katanya, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa maut di lokasi kejadian akibat lima kesan tikaman termasuk dua di bahagian kepala.

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan pada pukul 12.30 tengah malam tadi, bagi membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, seorang daripada tangkapan lelaki berusia 53 tahun dihantar ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman sehingga 27 Julai ini, manakala yang lain dibebaskan.

Menurutnya, polis juga merampas sebuah motosikal dipercayai milik mangsa yang ditemukan bersama suspek.

“Polis turut merampas senjata tajam jenis tombak yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Kita percaya kes ini telah diselesaikan dengan tangkapan lelaki yang ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI