fbpx

Lelaki beri burung makan didenda RM16,472

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan burung merpati di Singapura. - Foto CNA

SINGAPURA – Seorang lelaki yang sebelum ini didenda oleh mahkamah kerana memberi makan burung merpati ditangkap sekali lagi kerana kesalahan serupa, lapor portal berita Today hari ini.

Dia membaling roti di kawasan pejalan kaki. Walaupun diberitahu bahawa memberi makan haiwan liar tanpa kelulusan bertulis adalah satu kesalahan, lelaki itu terus mengulangi perbuatannya sebanyak 15 kali pada waktu lain.

Warga Singapura berusia 67 tahun, V Rajandran didenda  S$4,800 (RM16,472) oleh mahkamah hari ini berhubung empat tuduhan di bawah Akta Hidupan Liar,  manakala sebanyak 12 tuduhan lain turut dipertimbangkan.

Menurut portal berita CNA, Rajandran membayar denda tersebut sepenuhnya. Dia akan dijatuhi hukuman penjara selama 16 hari jika gagal membayar denda.

Mahkamah mendengar bahawa pegawai penguatkuasa melihat Rajandran memberi makan merpati di kawasan Aljunied Crescent pada pagi 26 Ogos 2022.

Dari Ang Mo Kio hinggalah ke Paya Lebar, penduduk terganggu akibat masalah burung merpati tetapi Rajandran memberi makan burung-burung liar itu dengan melemparkan roti di kawasan pejalan kaki dan tepi rumput. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI