fbpx

Larangan beg plastik jika ada produk gantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian ketika ditemui pemberita di Bangunan SUK, hari ini

SHAH ALAM – Larangan beg plastik akan dilaksanakan di Selangor sekiranya terdapat produk gantian bagi mengantikannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, langkah tersebut diambil untuk memastikan larangan secara menyeluruh beg plastik nanti tidak akan membebankan rakyat.

“Kita masih mencari bahan gantian yang lebih kurang sama dengan beg plastik sebelum melaksanakan larangan sepenuhnya pada tahun 2025.

“Kajian sedang dijalankan untuk memperkenalkan beg terbiodegradasi namun ia masih dalam peringkat perbincangan dan keputusan belum dibuat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran kecil alam sekitar dan teknologi hijau Selangor 2023 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI