fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di lima negeri sehingga pukul 10 pagi, hari ini.

Ramalan itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook, sebentar tadi.

Katanya, antara kawasan berisiko adalah negeri Kedah (Yan dan Kuala Muda) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara).

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi negeri Sabah pula, cuaca buruk di sebelah pagi ini meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” jelas laporan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI