fbpx

Gadis cuba bunuh diri selepas dimarahi ibu bapa leka bermain telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saraswati terjun walaupun dihalang orang ramai. - Twitter

NEW DELHI, India – Seorang gadis di negeri Chhattisgarh, India cuba membunuh diri selepas dimarahi ibu bapanya kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama, lapor laman berita Ary News semalam.

Saraswati Maurya, 21, nekad terjun ke dalam Air Terjun Chitrakote yang juga dikenali sebagai ‘mini Niagara’ di India.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik dalam akaun Twitter @@priyathosh6447, wanita itu dilihat berdiri di tepi tebing jeram sebelum terjun.

Orang ramai mendesaknya untuk tidak melakukan tindakan sedemikian, namun dia tidak mengendahkan mereka lalu terjun. 

Setelah terhempas ke dalam air, dia cuba berenang ke tempat selamat apabila menyedari kesilapan perbuatan tersebut. 

Dia kemudian diselamatkan oleh seorang penduduk tempatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI