fbpx

DUN Lenggeng: Amanah akur apa juga keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu.

SEREMBAN – Parti Amanah Negara (Amanah) akur dengan apa jua keputusan kepimpinan tertinggi kedua-dua gabungan parti Kerajaan Perpaduan berhubung isu calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan akhir adalah daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini (Amanah), masih lagi mempertahankan kerusi DUN Lenggeng, selalunya memanglah (nama calon) boleh diumum (awal), tetapi final (keputusan akhir) oleh dua Presiden PH dan BN, Anwar dan Ahmad Zahid.

“Kita akan ikut keputusan itu, memang sewajarnya kerusi DUN Lenggeng kekal ditandingi Amanah yang menang (pada Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya pada sidang akhbar sempena Program Santai Peladang Bersama Pemimpin Peladang dari Zon Tengah di sini hari ini.

Mohamad sekali lagi menegaskan, keputusan Anwar dan Ahmad Zahid adalah muktamad, jika diumumkan Amanah tidak bertanding di kerusi DUN Lenggeng beliau akur dan patuh.

Media sebelum ini melaporkan, Amanah Negeri Sembilan tetap dengan pendirian mahukan kerusi DUN Lenggeng kekal ditandingi calon dari parti itu.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman berkata, keputusan itu selari dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah pada 13 Julai lalu yang mengumumkan kerusi DUN Lenggeng yang telah dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kekal ditandingi parti itu selain dua DUN lain iaitu Paroi dan Klawang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI