fbpx

Dua wanita minta maaf ‘kahwinkan’ anjing dalam majlis adat Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor anjing 'dikahwinkan' dalam majlis mewah mengikut adat Jawa di sebuah pusat beli-belah Jakarta pada Jumaat minggu lalu. - Foto Terang Media

JAKARTA, Indonesia – Dua wanita Indonesia meminta maaf selepas ‘perkahwinan’ mewah untuk dua ekor anjing mereka membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen, lapor portal berita PBS Thailand semalam.

Dua ekor anjing baka Malamut Alaska itu dikahwinkan pada Jumaat minggu lalu di sebuah pusat beli-belah di Jakarta. Kedua-duanya dipakaikan pakaian tradisional Jawa bersama pemilik dan ahli keluarga mereka.

Majlis tersebut dikatakan menelan kos 200 juta rupiah (RM60,682).

Majlis itu menjadi perbualan hangat di media sosial setelah gambar-gambar perkahwinan tersebut dikongsikan di media sosial. 

Ia menunjukkan anjing-anjing mirip serigala itu ‘dikahwinkan’ dalam majlis mewah.

“Kami sangat menyesal dan kami ingin memohon maaf kepada para penyokong budaya Jawa dan semua rakyat Indonesia yang tidak selesa dan terluka disebabkan acara ini,” kata Indira Ratnasari iaitu pemilik anjing betina bernama Luna kelmarin.

“Kami tiada  niat untuk menghina budaya Indonesia dan budaya Jawa,” katanya.

Pemilik anjing jantan bernama Jojo, Valentine Cahandra mendakwa bahawa perkahwinan itu diadakan bagi mempromosikan budaya Jawa.

Namun, netizen yang marah menggunakan media sosial untuk mengutuk perkahwinan anjing yang mahal itu.

“Buang wang dan menentang Tuhan. Akal sihat telah hilang,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen menulis: “Membazirkan kekayaan mereka secara tidak perlu.Seharusnya mereka membantu orang-orang yang memerlukan. Apakah ini yang kita panggil ‘buta sosial’?” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI