fbpx

Yonnyboii dah jadi bapa, isteri sempat melaram sebelum pantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YONNYBOII kini bergelar seorang bapa pada usia 25 tahun.

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Yonnyboii kini bergelar bapa selepas isterinya, Nik Nazira Narriman selamat melahirkan anak sulung mereka, semalam.

Yonny atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, berkongsi berita gembira tersebut dalam Instagram, hari ini.

“Selamat datang ke dunia ini wahai anak lelakiku,” tulisnya penyanyi serta pemuzik rap berusia 25 tahun itu.

Gembira bercampur debar bergelar seorang ayah pada usia muda, penyanyi yang popular dengan lagu Sakit ini turut memberikan gelaran ‘Baby Kai’ atau singkatan kepada Kairo buat permata hati pertamanya itu.

“Saya akan cuba laksanakan  tanggungjawab dengan terbaik walaupun takut memikirkan mampukah saya menjadi bapa yang terbaik untuk Kairo.

“Insya-Allah dengan dorongan keluarga, saya akan menjaga anak saya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazira bersyukur selamat melahirkan bayi mereka secara normal yang sepatutnya dijangka pada awal bulan Ogos depan.

“Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat tiga kg pada pukul empat pagi 19 Julai lalu.

“Sepatutnya jangkaan melahirkan bayi pada 7 Ogos lalu dan tidak menyangka akan bersalin lebih awal.

“Alhamdulillah bayi sihat dan selamat dilahirkan sewaktu 37 minggu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Berkongsi detik gembira, isteri kepada pelantun lagu Sakit itu sempat menonton tayangan perdana filem Barbie bersama suami sebelum bergegas ke hospital akibat sakit perut.

“Sebelum melahirkan, saya sempat pergi tengok filem Barbie. Kira-kira dua ke tiga jam balik saya sempat tertidur tiba-tiba terjaga sebab sakit perut seperti mahu buang air besar.

“Yonny tidak sedap hati dan membawa saya ke hospital. Apabila diperiksa rupa-rupanya bukaan sudah tujuh sentimeter,” kongsinya dalam nada gembira.

Dedah Nik lagi, pemilihan nama Kairo dipilih oleh Yonny sewaktu awal kehamilan dahulu.

Awal pagi tadi, Yonny memuat naik foto bersama bayi dalam Instagramnya dengan kapsyen: Welcome to this world boii (Selamat datang ke dunia).

Sebelum ini, Yonnyboii berkongsi berita gembira tentang kehamilan isterinya pada Mac lalu.

YonnyBoii mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 lalu dengan pasangannya Nik Nazira secara rahsia, namun hanya mendedahkannya kepada umum enam hari selepas itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN