fbpx

Vondrousova perlu tepis dunia ‘glamor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VONDROUSOVA menjadi pemain bukan pilihan pertama memenangi Kejuaraan Wimbledon dalam sejarah saingan berkenaan. – AFP

LONDON – Bekas pemain No. 7 dunia yang kini bergelar pemerhati sukan, Marion Bartoli memberi amaran kepada pemenang Kejuaraan Wimbledon kategori perseorangan wanita, Marketa Vondrousova untuk menepis dunia ‘glamor’ dan fokus dengan sukan tenis.

Sebagai rekod, Vondrousova berjaya mencipta sensasi tersendiri apabila menjadi pemain bukan pilihan pertama dalam sejarah untuk menjuarai Kejuaraan Wimbledon selepas menewaskan Ons Jabeur di pentas final, Sabtu lepas.

Keputusan tersebut menyaksikan kedudukan ranking Vondrousova melonjak apabila berada di tempat ke-10 dunia buat kali pertama dalam kariernya selepas berada di tempat ke-42 pada bulan lepas.

Menurut Bartoli, contoh terbaik yang perlu diikuti atlet kelahiran Republik Czech itu adalah pemain sensasi Kazakhstan yang juga pemenang Wimbledon tahun lalu, Elena Rybakina yang begitu konsisten di dalam dan di luar gelanggang.

“Saya meletakkan harapan tinggi agar Vondrousova tidak terbuai dengan kejayaan semasa sehingga prestasinya di atas padang nanti merudum. Saya pasti tekanan pasti bertambah kerana dia akan mula diletakkan selaku pilihan pada kejohanan seterus­nya nanti.

“Cuma, saya akui bukan semua pemain boleh kekal konsis­ten seperti Serena William, tetapi dia boleh ikut jejak Rybakina yang dilihat begitu cemerlang sejak menang Wimbledon tahun lalu dan sangat merendah diri.

“Kita boleh lihat beberapa pemain sebelum yang berjaya menang kejohanan Grand Slam pada usia muda tetapi telah di­hanyut dunia glamor seperti Bianca Andreescu dan yang terbaru, Emma Raducanu,” kata Bartoli yang pernah menang Wimbledon pada edisi 2013.

Sementara itu, kedudukan lima pemain terbaik dunia masih kekal berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh WTA semalam dengan kedudukan No. 1 masih dimiliki Iga Swiatek disusuli Aryna Sabalenka, Rybakina, Jessica Pegula dan Caroline Garcia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI