fbpx

[VIDEO] Warga emas digalak sertai ‘geng marhaban’ elak nyanyuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM di Facebook

PETALING JAYA – Golongan warga emas digalakkan menyertai kumpulan marhaban kerana mempunyai banyak manfaat terutama menghilangkan rasa kesunyian ketika berada di rumah dan bagi mengatasi masalah nyanyuk.

Saranan itu diutarakan Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di Facebooknya semalam.

Menurut PHM, antara kebaikan lain yang diperoleh menerusi penglibatan ‘geng marhaban’ adalah dapat mengatasi masalah kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua.

“Ini kerana, kewujudan geng marhaban menjadikan mereka saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman yang dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

“Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk),” kongsinya. – KOSMO! ONLINE.

@engkusiti Marhaban ni memang sinonim dengan mak2 kita kan. Tanpa makcik2 marhaban ni, rasa sunyi majlis kenduri kita😅 Asal makcik je..marhaban..asal marhaban je mesti geng makcik2🙊Terima kasih makcik2 semua memeriahkan majlis kami❤️#marhaban #makcikmarhaban #newbieaffiliate #racuntiktok #tukangkayustudio ♬ original sound – wah 72

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI