fbpx

REE: SPRM cari saksi China bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (hadapan, tiga dari kanan) bersama sebahagian pengamal media pada program Cakna Rasuah bersama Media peringkat Zon Timur di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan beberapa individu dari China bagi membantu siasatan dakwaan rasuah dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Sik, Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, saksi penting tersebut dikatakan membuat pelaburan perlombongan REE tersebut.

Beliau berkata, setakat ini, 12 saksi telah dirakam percakapan dan lebih ramai termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor akan dipanggil pada masa terdekat.

“Setakat ini, kita juga telah menangkap dua individu dari MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah) dan syarikat swasta berhubung siasat isu rasuah itu.

“Siapa sahaja berkaitan akan dipanggil (untuk membantu siasatan), beliau (Sanusi) juga akan dipanggil, lambat atau cepat sahaja,” katanya pada program Cakna Rasuah bersama Media peringkat Zon Timur di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan SPRM membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan isu perlombongan REE di Sik.

Perlombongan bahan berkenaan dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri Kedah.

Azam berkata, SPRM sedang melakukan siasatan terperinci berhubung aktiviti perlombongan REE tersebut termasuk surat didakwa ditandatangani Sanusi yang tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI