fbpx

Peluang Josue cipta detik indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAULO Josue nekad tewaskan JDT di final Piala FA untuk pastikan trofi sulung sebagai pemain naturalisasi. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini bakal menjanjikan episod lebih manis buat kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue yang berpeluang raih trofi pertamanya sebagai pemain tempatan.

Berbeza ketika bergelar import semasa bantu The City Boys tewaskan lawan sama di final Piala Malaysia dua tahun lalu, Josue akui perasaannya akan berubah 360 darjah jika sekali lagi mampu kecewakan Harimau Selatan.

“Tidak pernah terbayang kerana pada mulanya saya datang sebagai pemain import. Tahun ini semuanya sudah berlaku, kelab dan semua orang bantu saya dapat kerakyatan Malaysia.

“Saya gembira untuk ke pasukan kebangsaan dan sekarang kita lihatlah apa yang akan berlaku. Perasaannya pasti berbeza untuk memenangi sesuatu sebagai pemain tempatan.

PEMAIN KL City bergambar ketika hadiri makan malam dan Majlis Menandatangani kerjasama Kuala Lumpur City dan UBB Amanah Berhad, hari ini. – AMIR KHALID

“Saya bangga jadi sebahagian daripada keluarga Malaysia terutamanya untuk kelab ini. Kami akan cuba sehabis baik namun seperti saya katakan, ia pasti menjanjikan perasaan berbeza,” katanya pada makan malam dan Majlis Menandatangani kerjasama Kuala Lumpur City dan UBB Amanah Berhad, hari ini.

Sebelum ini, pemain kelahiran Brazil itu turut memenangi hati rakyat Malaysia apabila meledak hatrik ketika bantu Harimau Malaya atasi Papua New Guinea 10-0.

Untuk rekod, Josue sudah pun mengumpul empat gol dalam empat penampilan dengan skuad kebangsaan. KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI