fbpx

Nasib atlet RTG diketahui September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto ihsan Facebook Hannah Yeoh

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh enggan ‘panik’ dengan prestasi semasa atlet yang berada dalam program Road To Gold (RTG) sebaliknya kedudukan mereka dinilai semula pada September nanti.

Sebagai rekod, beberapa atlet berprestasi tinggi negara seperti Datuk Pandelela Rinong (terjun) dan Lee Zii Jia (badminton) berada dalam kemelut prestasi sejak kebelakangan ini meskipun diletakkan dalam program RTG.

Hannah berkata, jawatankuasa program RTG akan terus buat pemantauan dan penilaian daripada masa ke semasa dengan kedudukan mereka akan ditentukan pada September nanti.

“Buat masa ini, proses kelayakan untuk Sukan Olimpik (Paris 2024) masih berjalan dan untuk atlet terjun (Pandelela) dan badminton (Zii Jia) kita akan tunggu sehingga September.

“Kita masih ada peluang bagi proses kelayakan Olimpik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Al-Ikhsan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai prestasi Zii Jia yang tersingkir awal pada Terbuka Korea semalam, Hannah percaya masih ada ruang yang perlu diberikan kerana jaguh perseorangan negara itu baru dibimbing jurulatih baharu, Wong Tat Meng.

“Bukan mudah untuk terus mendapatkan hasil apabila dibimbing jurulatih baharu, saya rasa kita perlu beri ruang buat Tat Meng memulihkan kembali prestasi Zii Jia. Saya harap dia boleh kembali bangkit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI