fbpx

Mahkamah: Bekas pekerja IT diarah bela diri bunuh Syed Danial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wei Liang ketika bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang bekas pekerja teknologi maklumat (IT) diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir pada 2019.

Hakim Julia Ibrahim memutuskan demikan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Yew Wei Liang, 45, di akhir kes pendakwaan.

Julia dalam penghakimannya memaklumkan, provokasi telah dilakukan tertuduh sendiri dengan menyerang si mati iaitu Syed Muhammad Danial.

“Orang kena tuduh (OKT) telah bertindak melebihi hak mempertahankan diri apabila berterusan melanggar si mati walaupun ancaman telah dipatahkan dan si mati telah melarikan diri.

“Setelah meneliti saksi pendakwaan, eksibit dikemukakan dan penilaian maksima keterangan (maka) mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua prima facie,” katanya.

Justeru, mahkamah memberikan beberapa pilihan kepada Wei Liang bagi proses pembelaannya setelah berbincang dengan peguamnya.

Ini termasuk sama ada memberikan keterangan sumpah dari kandang saksi bagi membolehkannya disoal balas, beri keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh atau berdiam diri selain memanggil mana-mana saksi-saksi pendakwaan.

“Prosiding pembelaan ditetapkan pada 16 dan 17 Ogos depan,” jelasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di Kilometer 293.6, Lebuh Raya Utara Selatan antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos 2019.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahli keluarga tertuduh dan mangsa hadir bagi mengikuti prosiding tersebut yang berlangsung selama tujuh minit bermula pukul 10.30 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili Peguam Wee Choo Keong dan Yeo Wei Min

Seramai 20 saksi pendakwaan dan 65 eksibit termasuk dokumen berkaitan dikemukakan sepanjang prosiding yang berlangsung bermula 27 Oktober 2021. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI