fbpx

Kes demam denggi Perlis membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Beseri Paya menjadi salah satu lokaliti wabak denggi baharu yang dilaporkan di Perlis. - Pic ihsan Unit Promosi Kesihatan Perlis.

KANGAR – Situasi kes demam denggi di Perlis terus membimbangkan apabila 33 kes dilaporkan sejak 9 hingga 15 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan setakat 15 Julai lalu adalah 508 kes.

“Ia merupakan peningkatan 489 kes atau 2,573.7 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu 19 kes. Dalam tempoh itu juga, dua kematian akibat demam denggi dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 52 lokaliti wabak denggi dilaporkan setakat ini dengan 13 lokaliti masih aktif.

Ia termasuk dua lokaliti hot spot denggi iaitu Taman Jali (20 kes) dan Taman Melati Indah dengan lapan kes serta satu lokaliti wabak tidak terkawal iaitu lokaliti wabak Felcra Lubuk Sireh dengan 17 kes.

Sebanyak tujuh lokaliti wabak baharu dilaporkan minggu lepas iaitu Taman Beseri Paya dengan empat kes serta masing-masing dua kes di Kampung Bunga Emas, RPA Batu 16, Kampung Terus Teritip, Taman Bukit Kubu Fasa 2, Jalan Miri dan Kampung Tok Paduka.

Sehingga 15 Julai lalu, sebanyak 182 notis kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarkan kepada premis yang dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI