fbpx

Kecocokan Margot sebagai Barbie, Ken curi ‘spotlight’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini (20 Julai 2023).

Bukanlah peminat patung Barbie.

Kendatipun, apabila berita bahawa filem versi nyata atau live-action pertama jenama tersebut direalisasikan aktres hebat bernama Margot Robbie, terus membuak-buak perasaan ingin berkunjung ke panggung.

Robbie merupakan seorang pelakon serba boleh. Namakan apa sahaja watak yang pernah dijayakannya termasuklah karakter Harley Quinn dalam The Suicide Squad dan Jane Clayton dalam The Legend of Tarzan, dia jarang sekali mengecewakan audiens.

Tidak dinafikan, Barbie barangkali atau kemungkinan besar dinantikan ramai adalah disebabkan aura dan karismanya yang memang cocok membawakan watak kesayangan ramai penduduk dunia (terutama golongan wanita) itu.

Sempurna, naratif

Tiga perkataan merangkumkan nuansa dicetuskan Barbie iaitu indah, bijak dan sempurna.

Sejujurnya, penulis bukan peminat jenama Barbie atau mengikuti animasi francais tersebut, namun menerusi filem, mula mengenali dunia atau Barbie World.

Dua Ken berbeza personaliti lakonan Liu (kiri) dan Gosling berkonflik gara-gara Barbie.

Mutu ‘ketukangan’ atau craftsmanship yang ditonjolkan Greta Gerwig yang duduk di bangku pengarah memang wajar diberi pujian. Siapa sangka Barbie akhirnya menjengah ke layar perak dan banyak rona merah jambu ‘terbang’ dan menceriakan skrin wayang.

Memang tiada siapa menyangka, namun itulah yang terjadi pada 2023. Untuk itu, terima kasih Gerwig kerana kesediaan merealisasikan mimpi ramai.

Latar tempat, produksi, skor muzik, teknik janaan komputer (CGI) dan segala nilai teknikal yang dicernakan sememangnya berada pada kelas tersendiri.

Kalau sesiapa yang tidak pernah mengenali dunia Barbie (mahupun Ken) pasti terhibur.

Jalan cerita sederhana

Buat mereka yang seperti penulis, barangkali terpinga-pinga pada mulanya, mengapa semua orang dipanggil dengan gelaran Barbie dan mengapa ada ‘ramai’ Ken juga.

Semua itu akan terjawab dengan menghabiskan sedikit masa menonton Barbie di panggung.

Dari segi jalan cerita atau naratif, kisahnya mudah. Barbie ‘keluar’ daripada Barbie World ke dunia nyata kerana kian hilang ciri ‘istimewanya’.

Ryan Gosling memainkan karakter Ken dengan penuh karisma dan aura tersendiri.

Dia ke dunia nyata bersama seorang Ken namun di situ berlakunya bermacam-macam perkara.

Apa yang terjadi antara Barbie dan Ken? Itu perlu diketahui sendiri dengan berkunjung ke pawagam berdekatan.

Seperti yang diberitahu pada perenggan awal, kalau kalian bukanlah peminat cerita Barbie, mungkin ‘terkejut’ mengapa banyak babak meraih tepukan atau sorakan audiens.

Bukan hanya bertindak sebagai pelakon utama Barbie, Margot juga merupakan penerbit bersama filem edaran syarikat perfileman gergasi dunia, Warner Bros itu.

Itu barangkali hanya mereka yang faham bahasa atau ‘jargon’ jenama patung popular dunia lebih mengerti.

Karakter, femenisme

Dari segi terjemahan karakter, Margot Robbie menjalankan tugas dengan cemerlang.

Bukan Gal Gadot seperti yang diidamkannya tetapi Robbie memang layak. Nilai pemerkasaan wanita atau femenisme sangat kuat dalam Barbie. Setiap babak menjunjung tinggi perihal terbabit.

Ryan Gosling sebagai Ken juga mencuri tumpuan.

Lakonan, tarian, lontaran dialognya meninggalkan dampak sungguh luar biasa. Ada masa menonton, rasa mahu hulurkan trofi Oscar kepadanya atas kualiti ‘all-rounder’ dicernakannya.

Sementara itu, aktor kebanggaan Asia iaitu Simu Liu sebagai Ken #2 tidak langsung mengecewakan.

Kagum dengan craftsmanship ditonjolkan serta komitmen yang dicernakan semua yang terlibat.  Memang berbaloi setiap sen dibelanjakan di panggung. Barbie, markah cemerlang (A)!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI