fbpx

Kapal MV Tung Sung terbalik, 9 kru hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal MV Tung Sung ditemui terbalik di perairan Sebuyau pada jarak lebih kurang empat batu nautika barat laut Pulau Burung, hari ini.

KUCHING – Sembilan kru sebuah kapal hilang selepas Kapal MV Tung Sung itu terbalik di perairan Sebuyau pada jarak lebih kurang empat batu nautika barat laut Pulau Burung.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kesemua mereka berumur 20 hingga 52 tahun.

“Kesemua sembilan mangsa terdiri daripada empat warga tempatan iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu, Maxwell Billy Stimba, Stimba Chuit.

“Manakala empat warga Myanmar adalah That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo serta seorang warga Indonesia bernama Lido Ali Purwanto,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan kapal dipercayai membawa muatan batu kerikil dari Kuching menuju ke Sarikei kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Susulan itu, Zin Azman berkata pihaknya mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) dengan Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu yang dalam rutin rondaan telah diaturgerak ke lokasi terakhir kapal tersebut dilaporkan hilang iaitu pada jarak lebih kurang 12 batu timur laut Tanjung Po.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI