fbpx

Hujan di 4 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 4 buah negeri.

Menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia, cuaca buruk tersebut bakal berlaku sehingga pukul 9 malam ini.

“Cuaca buruk diramal berlaku di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, Terengganu serta Lipis dan Jerantut, Pahang.

“Selain itu, hujan lebat diramal berlaku di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau), Sarawak,” jelas MetMalaysia dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk di Sabah, terutamanya di kawasan Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI