fbpx

Hari Perniagaan Sosial diadakan di Langkawi 27 hingga 28 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Hari Perniagaan Sosial ke-13 bakal diadakan di Langkawi dari 27 hingga 28 Julai, membawakan tema Perang, Keamanan dan Ekonomi: Masa Depan Manusia.

Perhimpunan tersebut merupakan usaha sama antara badan pemikir, Yunus Centre dan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU).

Dalam sebuah kenyataan bersama, perbincangan yang bakal diadakan pada hari berkenaan bertujuan untuk mencetuskan perubahan di samping menggesa pemimpin global untuk membuat keputusan sukar mengenai penggunaan bahan api fosil, alternatif plastik serta keamanan dan peperangan.

“Perhimpunan kali ini juga diharap dapat menginspirasikan perubahan, terutamanya dari segi pemuliharaan hutan, menyelamatkan dasar lautan dan mewujudkan tamadun baharu yang kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan

“Orang ramai dijemput untuk menghadiri persidangan ini sekiranya berminat untuk mencipta dunia tiga sifar, iaitu pelepasan karbon sifar bersih, penumpuan kekayaan sifar untuk menamatkan kemiskinan dan pengangguran sifar,” katanya.

Selain itu, The Academia dan Yunus Centre bakal mengadakan mesyuarat bersama Kelab Konvensyen 3ZERO pada 29 Julai.

Hari Perniagaan Sosial 2023 turut menampilkan ucaptama, sesi plenari, bengkel dan forum untuk membantu pihak berkepentingan merancang dan merangka tindakan masa depan ke arah mewujudkan tamadun baharu dalam dunia tiga sifar.

“Kami ingin mengingatkan, sebarang tindakan untuk menangani kemerosotan yang sedang berlangsung perlu dilakukan dalam masa satu abad ini.

“Sekiranya kita terlambat, planet akan memasuki zon merah. Pada waktu ini, sebarang kemerosotan tidak dapat dipulihkan. Apa jua tindakan yang dilakukan untuk membalikkan proses ini tidak akan membawa sebarang kesan.

“Kita tidak mempunyai masa yang panjang. Oleh itu, kita perlu mengambil tindakan yang berani dengan segera untuk menyelamatkan manusia dan juga kehidupan lain daripada bencana besar pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI