fbpx

Hampir hilang nyawa makan ‘donut peach’ viral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia dikatakan hampir kehilangan nyawa selepas 15 minit memakan buah ‘donut peach’ yang tular ketika ini.

Menceritakan pengalaman itu, pemilik akaun TikTok @sherynaa02 berkata, secara tiba-tiba perutnya berasa sebu dan mengalami muntah serta seluruh badannya muncul bintik-bintik merah yang gatal.

“Donut peach viral dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan dan orang itu adalah aku.

“Sekali makan dalam 15 minit terus sebu, muntah-muntah, naik bijik gatal-gatal terus kena pergi kecemasan (hospital), kena inject (suntik) baru jadi manusia balik.

“Kalau tak inject (suntik) macam beruk sebab garu,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik semalam.

Menurut wanita itu, dia tidak mengetahui mempunyai alahan terhadap buah tersebut.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman hampir sama apabila mengalami sesak nafas serta muntah selepas menikmati buah tular tersebut.

“Saya pun pernah makan, terjebak juga beli sebab viral di TikTok, tiba-tiba jadi sesak nafas, muntah-muntah. Pergi hospital doktor kata buah ini ada kandungan yang tak sesuai kepada semua orang, lagi-lagi yang ada alahan pada kulit atau asma,” kongsi seorang pengguna.

“Baru lepas makan tadi (semalam) tiba-tiba mulut dengan bibir rasa kebas, tak lama lepas itu baru okey,” kata @narcs. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI