fbpx

e-Ticketing selesai masalah tiket di Pusat Sains Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menjawab soalan yang diajukan pemberita dalam sidang akhabr selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘E-Ticketing’ Pusat Sains Negara di pusat sains tersebut di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dalam usaha memudahkan orang ramai membeli tiket, Pusat Sains Negara (PSN) melancarkan perkhidmatan pembelian secara dalam talian hari ini.

Pelancaran sistem e-Ticketing PSN yang merupakan sistem terawal menggunakan platform Real-Time Payment Platform (RPP) dalam agensi kerajaan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang.

Ini merupakan inisiatif dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk mencapai Sustainable Development Goal 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-Dua Belas.

Sistem tersebut juga bakal memudahkan orang ramai kerana ia dapat diakses dan digunakan melalui pelayar sesawang dan aplikasi seperti Google Play Store dan App Gallery Huawai.

Chang Lih Kang berkata, masalah pembelian tiket di Pusat Sains Negara antara perkara yang telah lama dibangkitkan orang ramai.

“Apabila saya dilantik sebagai menteri, ini merupakan antara isu yang berbangkit. Ada yang mempersoalkan mengapa PSN tidak mampu mewujudkan sistem pembelian tiket dalam talian.

“Sebelum wujudnya sistem ini, orang ramai perlu melalui proses pembelian yang agak rumit berbanding sekarang,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Lih Kang, pelancaran tersebut juga berupaya meningkatkan kehadiran pengunjung ke pusat berkenaan selain memupuk minat mereka dalam Sains terutama pelajar sekolah.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket melalui www.psn.gov.my. bermula 18 Julai lalu. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI