fbpx

Dakwa Nabi Muhammad adalah Allah, lima beranak mengaku pengikut Si Hulk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman lima beranak yang tular dia media sosial

PETALING JAYA – Tular sejak semalam rakaman lima beranak dengan beraninya mengaku mereka adalah antara pengikut Sihulk selain mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka, iaitu melalui akaun Facebook Nurul Sakinah Noor Hashim kelmarin.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi satu kenyataan memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

Suhaini yang turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad, Si Hulk atau apa jua gelaran dikaitkan dengannya, didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.

Terkesan dengan rakaman tersebut, orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk segera bertindak mengesan kumpulan pengikut ajaran sesat itu meskipun ketuanya didakwa telah melarikan diri ke New Zealand pada Jun lalu.

“Tolong polis, jabatan agama, pihak berkuasa terlibat kesan kumpulan ini habis-habisan, jangan biar masyarakat Islam kita terus hanyut dengan ajaran sesat seperti ini. Manusi ini sememangnya lemah, mudah dipengaruhi dan mudah juga terpengaruh,” gesa Asyikin.

Sementara itu, pengguna Facebook, Noor Deros dalam hantarannya semalam meminta pihak berkuasa untuk segera menangkap ketuanya dan memberi hukuman setimpal kerana telah merosakkan pemikiran umat Islam.

“Guru mereka serta orang-orang kanan mesti dikenakan tindakan undang-undang secepat mungkin dan syarikat serta kumpulan mereka ini mesti dibubarkan.

“Ajaran ini sudah dua tahun lebih bergerak aktif, mungkin lebih.

Ketuanya iaitu Suhaini Mohammad telah berkali-kali mengucapkan secara terbuka bahawa Allah adalah Muhammad dan giat mengajarkannya kepada pengikutnya. Mereka menyebarkan ajaran ini melalui produk air Si Hulk yang dilatari dengan propaganda membesar-besarkan pencipta produk dan teori-teori konspirasi ‘dooms day’.

“Mengapa kerajaan tidak bertindak ke atas pengajar ajaran ini dan pengucap kata-kata sebegini sepantas mereka bertindak keatas penghina Agong dan Raja-Raja?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI