fbpx

Caprice ‘sekolahkan’ Qistina Raisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice menasihatkan pelakon muda Qistina Raisah bahawa ilmu itu penyuluh hidup.

SELEPAS membuat pendedahan hanya sempat 10 hari merasai alam persekolahan sebelum ‘dibuang’ ketika Tahun 1, pelakon remaja Qistina Raisah terus menerima pelbagai komen dan juga nasihat.

Antara yang menitipkan pesanan mengenai kepentingan ilmu adalah penyanyi rap dan penceramah motivasi, Caprice.

Caprice atau Ariz Ramli menegaskan, wang boleh hilang sekelip mata sekiranya tiada ilmu di dada.

Malah, dia turut menyatakan bahawa ilmu itu penyuluh hidup dan seseorang itu sepatutnya memberi penekanan terhadap pembelajaran formal demi masa depan yang lebih terjamin.

Terdahulu, aktes berusia 15 tahun itu mendedahkan selepas dibuang sekolah dia mengikuti sesi pembelajaran di rumah di bawah tunjuk ajar guru persendirian.

Tetapi Qistina cuba kembali ke sekolah ketika berusia 12 tahun, namun tidak dapat berbuat demikian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mizz Lahar: Sebenarnya, ada lagi artis muda lain yang tak pergi sekolah pun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI