fbpx

Arsenal mampu mencabar kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Arsenal melakukan latihan pramusim di Amerika Syarikat ketika ini sebagai persediaan awal sebelum saingan musim baharu bermula. – AFP

WASHINGTON – Pengurus ­Arsenal, Mikel Arteta menjadikan saingan Liga Juara-Juara sebagai panduan dalam usaha The Gunners membina pasukan bagi menghadapi saingan musim baharu 2023/24.

Beliau tidak mahu situasi musim lalu berulang apabila Arsenal terlepas peluang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun sudah menerajui saingan untuk tempoh yang lama.

Justeru, Arteta berharap kemasukan beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini mampu membantu pasukan itu menyelesaikan misi yang tidak kesampaian musim lalu.

“Saingan musim ini akan menjadi lebih sukar memandangkan tahap liga sudah semakin mening­kat dan berbeza tetapi ia sesuatu yang hebat. Kami juga akan bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas beberapa tahun tidak turut serta.

“Sebab itulah kami memerlukan skuad yang berbeza berbanding saingan musim lalu dan ia sudah dilakukan pada jendela perpindahan. Saya fikir kami sudah menambahkan kualiti dalam usaha menguatkan pasukan,” kata Arteta.

Pengendali dari Sepanyol itu juga tidak sabar untuk melihat prestasi tiga pemain baharunya, Kai Havertz, Declan Rice dan Jur­rien Timber dalam aksi persahabatan pramusim ­selain memberikan peluang ­kepada mereka menyesuaikan diri.

“Havertz adalah pemain yang sudah lama saya pantau, manakala Rice akan memberi kelebihan kepada pasukan daripada segi kepimpinan. Sekarang kami perlu bekerja keras dan cuba menjulang trofi pada Mei nanti,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI