fbpx

Anwar ajak anak muda, ‘rider’ sertai dialog di Petaling Jaya Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster sesi dialog Temu Anwar yang akan berlangsung di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada Sabtu ini.

PETALING JAYA – Sesi dialog Temu Anwar diteruskan kali ini dengan memberi fokus kepada penunggang p-hailing (rider) yang akan berlangsung di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Sabtu ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook mengajak anak muda selain penunggang p-hailing menghadiri sesi dialog tersebut.

“Selain memberi fokus kepada isu yang dihadapi anak muda, sesi kali ini akan turut memberi tumpuan kepada segmen penunggang p-hailing di negara ini.

“Justeru, saya ingin menjemput anak-anak muda serta para penggerak p-hailing negeri Selangor untuk turut sama dalam sesi ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pertanyaan dan pandangan semua pihak amat dialu-alukan untuk bersama-sama membangunkan Malaysia Madani.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. Kita jumpa Sabtu ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI