fbpx

Suami tembak isteri ketiga sebab cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu berlaku di sebuah kedai bundle. - ThaiRath

BANGKOK, Thailand – Gara-gara dibakar perasaan cemburu, seorang lelaki menembak isteri ketiganya di sebuah kedai baju terpakai (bundle) di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Pegawai dan anggota Balai Polis Mueang Nakhon Pathom dikerahkan ke lokasi tembakan di sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kedai bundle itu. 

Mereka menemui kesan darah di hadapan bangunan. Saksi memberitahu, seorang wanita bernama Araya Amusart, 27, dikejarkan ke hospital sebelum mereka tiba.

Lelaki bersenjata pula merupakan suami Araya sendiri, Chonkawee Deechan yang berumur 38 tahun. 

Menurut laporan hospital, Araya berada dalam keadaan serius akibat peluru tersangkut pada tengkoraknya.

Selepas siasatan lanjut, polis mengesahkan bahawa suspek kes tembakan itu ialah Chonkawee. 

Dia mempunyai tiga orang isteri dan seorang anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama. Isteri pertama dan isteri kedua tinggal bersama Chonkawee,  manakala Araya menetap di lokasi berasingan.

Polis berkata, serangan itu bermotifkan cemburu. Chonkawee percaya bahawa Araya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan berniat untuk meninggalkannya. Pada hari kejadian, mereka bertengkar dan berakhir dengan tembakan.

Polis menahan Chonkawee dengan dia dikenakan dua pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan memiliki pistol tanpa permit. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI