fbpx

750 pegawai, anggota polis kawal keselamatan final Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan mempertingkatan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dekat sini pada perlawanan akhir antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC (KL City), Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 750 pegawai dan anggota ditugaskan bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semasa perlawanan final berlangsung.

“Polis akan bekerjasama dengan pihak stadium, kita telah membuat penugasan 750 pegawai dan anggota akan bertugas untuk pastikan kelancaran keluar masuk dan tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini berlaku.

“Nasihat pihak polis, supaya (penyokong) patuhilah peraturan dan arahan polis yang akan kita laksanakan pada hari tersebut,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman turut menasihati kedua-dua penyokong supaya tidak membawa barangan yang dilarang untuk memasuki stadium yang boleh mengganggu keselamatan.

‘Raja’ bola sepak tanah air itu pernah empat kali menjuarai Piala FA dan kali terakhir dimenangi tahun lalu dengan menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI