fbpx

Tiara Andini berdepan gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiara Andini mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual daripada seorang wartawan ketika satu sesi temu ramah baru-baru ini.

PENYANYI Tiara Andini mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual daripada seorang wartawan ketika satu sesi temu ramah baru-baru ini.

Tiara berkongsi perasaan marah itu dalam laman sosial Thread yang menuduh wartawan itu sengaja menyentuh bahagian sensitifnya beberapa kali sepanjang sesi itu.

“Wartawan memang tiada budi bahasa atau bagaimana?

“Kenapa ketika sedang wawancara sampai menyentuh bahagian badanku yang sensitif. Bukan sekali tapi beberapa kali.

“Sudah ditegur masih buat lagi. Aku jadi hilang hormat, ini sudah jadi gangguan seksual” ujarnya.

Luahan Tiara itu menerima pelbagai reaksi netizen yang menyokong dan berharap penyanyi lagu Janji Setia itu mengambil tindakan sewajarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI