fbpx

Tantri Kotak kesal dihina berwajah ‘bibik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tantri kesal apabila bekas drumer kumpulannya, Posan Tobing mengungkit kisah lama menerusi satu wawancara dalam YouTube

VOKALIS kumpulan Kotak, Tantri kesal apabila bekas drumer kumpulannya, Posan Tobing mengungkit kisah lama menerusi satu wawancara dalam YouTube. 

Pendedahan Posan yang mendakwa penyanyi wanita itu pada awalnya tidak diterima semua ahli kumpulan Kotak kerana berwajah seperti pembantu rumah. 

Pemilik nama Tantri Syalindri itu kemudian memuat naik foto bersama suami, anak-anak dan orang gajinya dengan kapsyen meminta orang ramai tidak menghina pekerjaan pembantu rumah. 

“Kenapa merendahkan pekerjaan mereka? Pekerjaan mereka mulia, kalau mereka tiada, rumah jadi berantakan. 

“Tiada pekerjaan rendah tapi yang rendah itu makhluk yang merendahkan orang lain!” ujarnya. 

Hubungan Tantri dan Posan sudah lama bermasalah berikutan isu royalti lagu.

Posan dalam wawancara itu mengingatkan Tantri bahawa dia berjasa membawa masuk wanita itu sebagai vokalis Kotak ketika semua ahli lain tidak setuju. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI