fbpx

Sultan Mizan zahir kebimbangan sentimen berpuak-puak politik kepartian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (dua dari kanan) bersama Wan Junaidi pada sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap sentimen mementingkan diri, semangat berpuak-puak dan bermusuhan hanya disebabkan perbezaan fahaman politik kepartian.

Baginda bertitah, sentimen itu berisiko menggugat keamanan negara yang mempunyai masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya.

“Dengan kepelbagaian yang unik ini, Beta menyeru supaya seluruh rakyat jelata sama ada beragama Islam dan bukan Islam supaya saling hormat menghormati atas perbezaan dan kepelbagaian ini.

“Selain itu, semua pihak perlu menjaga keharmonian dan perpaduan dengan tidak menimbulkan isu-isu menyentuh sensitiviti agama dan bangsa yang kesannya akan menyebabkan perpaduan rakyat jelata semakin jauh,” titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat Terengganu.

Sultan Mizan turut mengingatkan umat Islam menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, baginda berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Dakwah Maal Hijrah Terengganu kepada pendakwah bebas, Wan Junaidi Wan Jaafar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI