fbpx

PRN: MUDA diseru kembali ke pangkal jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Razif

KUALA NERUS – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) digesa kembali ke pangkal jalan bersama kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata, keputusan MUDA untuk bertanding solo dalam PRN ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, situasi berkenaan tidak sepatutnya berlaku sedangkan parti tersebut telah bersama Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Dalam soal ini kita perlu lihat adakah MUDA benar-benar mahu bertanding (PRN) atau sekadar mencari publisiti, atau cubaan meraih simpati kononnya suara orang muda dipinggirkan. Mungkin kerana MUDA tidak berpuas hati tiada dalam Kabinet namun ia seolah-olah mempunyai agenda lain termasuk desakan pihak tertentu. Jika benar, amat malang sekali,” katanya kepada pemberita selepas program Semarak Siswa Madani Saringan Kesihatan Percuma Bersama Masyarakat di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, keputusan MUDA bertanding secara solo merugikan apabila suara majoriti anak muda yang didokong mereka semakin sukar didengari bagi dijadikan antara polisi kerajaan.

MUDA sebelum ini mengesahkan akan bertanding secara solo dalam PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI