fbpx

Penyelewengan minyak diesel rampasan lebih RM83,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LORI tangki antara yang disita KPDN Negeri Sembilan dalam Ops Tiris di Kampung Jimah, Port Dickson dekat Negeri Sembilan kelmarin. FOTO IHSAN KPDN.

PORT DICKSON – Kegiatan sebuah premis terbuka di Kampung Jimah di sini yang dikesan menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar kelmarin dalam Ops Tiris dengan rampasan keseluruhan bernilai RM83,750.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dan tindakan telah dijalankan oleh Pasukan Markas Polis Marin Wilayah Dua, Johor Bahru, Johor pada pukul 9.30 malam selepas mengesan pergerakan sebuah lori tangki yang mencurigakan.

“Sebanyak 15,000 liter minyak diesel yang bernilai RM32,250 termasuk sebuah lori tangki dan sebuah lori kargo tiga tan dengan empat empat unit tangki Intermediate Bulk Containers (IBC) telah disita dalam serbuan tersebut yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM83,750.

“Dua orang lelaki warga tempatan berusia 35 dan 39 tahun turut ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Zahir berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes itu sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti tersebut serta rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diperoleh dan diedarkan.

“Selain itu, KPDN Negeri Sembilan akan menggandakan tindakan di bawah Ops Tiris dengan risikan dan pemantauan ke atas stesen-stesen minyak dan lori-lori yang disyaki terlibat dengan penyelewengan minyak diesel,” katanya.

Beliau berkata, KPDN Negeri Sembilan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pasukan Markas Polis Marin Wilayah Dua, Johor Bahru dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain di atas kerjasama yang diberikan dalam usaha mengekang penyelewengan minyak diesel terutamanya di Negeri Sembilan. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI