fbpx

Maritim Malaysia tahan dua kapal pindah minyak diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kapal tangki dan sebuah kapal kargo ditahan pihak Maritim Malaysia selepas disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, Negeri Sembilan petang semalam. IHSAN MARITIM MALAYSIA.

PORT DICKSON – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan dua kapal yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Pulau Perjudi di sini petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, ketika bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Murni/Op Tiris, telah melihat dua kapal merapat antara satu sama lain.

Menurut beliau, kedua-dua kapal berkenaan disyaki melakukan aktiviti ship to ship (STS) yang mencurigakan di kedudukan satu batu nautika tenggara Pulau Perjudi sekitar pukul 3 petang.

“Pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut sedang memindahkan kargo minyak disyaki minyak diesel kepada sebuah kapal kargo tanpa mempunyai sebarang dokumen kebenaran menjalankan aktiviti terbabit.

“Kapal kargo sepanjang 31 meter yang berdaftar di Port Dickson itu dikendalikan oleh empat kru lelaki termasuk nakhoda kesemuanya warga tempatan. Kapal tangki pula didaftarkan di Zanzibar, Tanzania dan dikendalikan oleh lima kru lelaki termasuk nakhoda yang kesemuanya warga Indonesia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua kapal seterusnya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana menjalankan aktiviti STS tanpa kebenaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI