fbpx

Mantan Ketua Pengarah IKIM dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Monir (kanan) dan Sheikh Abu Bakr (kiri) dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa di majlis sambutan Maal Hijrah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC). - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2023/1445 Hijrah.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff pada majlis sambutan Maal Hijrah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Manakala, Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pula diberikan kepada Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakr Ahmad.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada Tokoh Maal Hijrah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Hakimah berkata, kriteria tokoh yang dipilih adalah berdasarkan kepada sumbangan besar dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.

“Tokoh juga memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas serta mempunyai sifat dan peribadi yang unggul untuk dicontohi,” katanya.

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh terbabit masing-masing, menerima hadiah wang tunai, pingat dan sijil penghargaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI