fbpx

Kerajaan Perpaduan lebih utamakan isu ekonomi, kos sara hidup rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng

PETALING JAYA – Semasa pihak tertentu sedang mengapi-apikan isu sensitif, Kerajaan Perpaduan peka dengan keperluan rakyat dan berusaha menangani masalah ekonomi dan kos sara hidup.

Pengerusi DAP yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Perpaduan mengutamakan isu ekonomi dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan Perpaduan tidak akan mainkan cadangan dasar dasar populis seperti cetak wang yang diutarakan oleh pembangkang. Ini akan menghancurkan ekonomi negara dan pasaran, harga barangan barangan asas juga akan terjejas.

“Saya yakin Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan terus berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI