fbpx

Kerajaan negeri perlu kreatif majukan Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid (depan, dua dari kanan) menyaksikan pertukaran bendera PH dan BN sempena pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan BN dan PH Langkawi di Desa Keda Wang Tok Rendong, Langkawi, Kedah hari ini.

LANGKAWI – Kerajaan negeri sepatutnya lebih kreatif dalam mengembangkan pulau ini sebagai pusat pelancongan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada acara seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) untuk menarik pelancong masuk ke sini.

Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri perlu datang bertemu dengan menteri daripada kerajaan persekutuan bagi merancang acara yang boleh diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong masuk ke sini.

“Tapi kerajaan negeri kena berpakat dengan kerajaan persekutuan. Dia kena datang, MB (Menteri Besar)  atau Exco kena datang jumpa menteri yang incharge. MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) ke, EPU (Unit Perancang Ekonomi) ke; okay, tahun depan ada event apa. Boleh dak event ni kami bawa ke Langkawi.

“Barulah tempat kita tak bergantung kepada LIMA untuk dua tahun sekali. Jadi event lain boleh dibuatkan. Jadi anak muda di sini, orang muda di sini, boleh mencari peluang daripada situ. Itu maksud saya tu. Dia tak jadi loi la bahasa Kedah,” katanya kepada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Perpaduan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Langkawi di Dewan Orang Ramai, Desa Keda Wang Tok Rendong, di sini, hari ini.

Tambahnya, ketua negeri seharusnya memikirkan kelebihan seperti alam semulajadi yang ada di Langkawi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Sementara itu, beliau turut meminta kerajaan negeri untuk segera menyelesaikan masalah bekalan air di sekitar pulau ini.

Jelasnya, kebanyakan paip yang membekalkan air ke pulau ini dari tanah besar telah dibina semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar pada tahun 90-an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI