fbpx

Kecewa kek ditempah tema gajah dapat anak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbandingan kek yang ditempah dengan kek yang diperoleh wanita itu.

PETALING JAYA — Seorang wanita meluahkan kekecewaan di media sosial apabila kek yang ditempah rakannya dengan seorang peniaga tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, wanita tersebut yang menggunakan akaun Aynie Zulkifli menjelaskan, dia tidak berniat untuk membuka aib tetapi hanya berkongsi rasa.

“Saya bukan nak buka aib sesiapa, “seller” sudah diberi tanggungjawab, kena lah buat betul-betul. Kalau rasa tak boleh buat, jangan terima tempahan tersebut.

“Ini yang ditempah hiasan gajah, tapi yang dapat seakan anak anjing,” ulasnya.

Lebih parah, peniaga terbabit bukan sahaja menyediakan kek indah khabar dari rupa, malah turut tidak menyediakan kotak kek sehingga memaksa dia membelinya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga terpaksa mengambil sendiri kek itu walaupun telah membayar caj penghantaran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan peniaga tersebut yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Kenapa lah buat kerja tak ikhlas macam ini, macam mana nak murah rezeki,” komen Nur Aien.

“Ya Allah, macam mana kawan akak boleh order dengan dia? Takkan tak tengok langsung “feedback” pelanggan yang lain sebelum order kek?,” ujar Haifawatif Roslan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI