fbpx

Jualan Rahmah Bergerak disambut baik golongan kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tiga kiri) berbual dengan pengunjung yang membeli pelbagai barangan sempena pelancaran Program Jualan Rahmah Bergerak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah hari ini.

SUNGAI PETANI -Jualan Rahmah Bergerak (JRB) berkonsepkan kedai cari rakyat diyakini mampu mencapai sasaran sebanyak 6,440 kali jualan di seluruh negara ekoran sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak kali pertama dilancarkan pada 17 Jun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, sehingga kini sebanyak 133 JRB telah diadakan di seluruh negara.

“Mengikut rekod sehingga hujung Jun lalu seramai 1.1 juta pengunjung telah mendapat manfaat daripada JRB dengan nilai belian melebihi RM30 juta. Ini secara langsung membuktikan JRB ini diterima baik oleh rakyat perbagai lapisan kerana kesemua barangan yang dijual ini diberikan subsidi sehingga potongan sebanyak 30 peratus,” katanya selepas melancarkan JRB peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

Menurutnya dengan kekerapan dua kali sebulan JRB di setiap DUN di seluruh negara pihaknya yakin 12 jenis barangan asas yang ditawarkan ini akan sampai terus kepada golongan B40.

“Barangan seperti ayam, daging, ikan, beras, minyak masak, telur ayam, santan, kicap, sos cili, milo dan lain-lain ditawarkan dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran dan mampu dibeli pengunjung.

Menurut Fuziah, pihaknya akan turut mengadakan jualan di lokasi perumahan berpendapatan rendah,Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan kawasan perumahan yang banyak didiami golongan B40 bagi memastikan rakyat menerima secara terus subsidi bersasar yang diperuntukkan.

Sementara itu, seorang pengunjung, Halimah Halim,45, dari Taman Ria Jaya berkata dia berharap JRB ini akan dapat diteruskan sepanjang masa khususnya di kawasan yang didiami penduduk berpendapatan rendah.

Bagi Khamis Dan, 52, berkata, dia bersyukur keprihatinan kerajaan menyediakan program sebegini berbanding menetapkan premis tertentu menjual barangan asas sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI