fbpx

Ismahalil erat peluk ibu, menangis tak henti selepas 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Nor Haslinda di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah perumpaan tepat buat pertemuan menyayat hati antara bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, 50, terhadap ibunya, Salbiah Mat Noor, 88, selepas dua tahun tidak bersua.

Pertemuan dua beranak itu difahamkan berlaku di kampung Ismahalil, di Sepang, Selangor hari ini.

Menerusi perkongsian video oleh isteri Ismahalil di akaun Facebook, Shinda Shindot, atau nama sebenarnya, Nor Haslinda Abd. Manaf, 48, kelihatan ibu dan anak itu saling berpelukan seakan-akan tidak mahu terpisah lagi sambil menangis hiba.

Dengan berlatar belakangkan muzik Air Mata Ibu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video yang berdurasi seminit itu, rasa sayu menyelebungi apabila lirik-lirik lagu tersebut begitu mendalam dan menyentuh hati.

“Terima kasih Allah atas peluang ini. Terima kasih Peguam, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan isteri, Adi Zulkarnain Zulkafli, mejar dan team yang lain pulang kan anak ini bertemu ibunya.

“Terima kasih keluarga, kawan-kawan yang sentiasa membantu dan memberi kata semangat. Terima kasih untuk diri sendiri juga kerana dapat harungi dugaan ini,” tulis Nor Haslinda.

Ibu kepada tiga orang anak ini turut mengucapkan ‘Selamat Menyambut Maal Hijrah’ sambil menyertakan tanda pagar #tahunbarubukubaru.

Kelmarin, Ismahalil memberitahu hajatnya untuk bertemu ibunya yang sedang sakit selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan atas pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas `Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 50, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI