fbpx

Harry Kane dedah tidak minat ke PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dilapor tidak berminat menyertai PSG sekali gus menyaksikan hanya Bayern yang berpeluang untuk mendapatkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dijangka hanya akan berdepan Bayern Munich dalam misi mengekalkan penyerangnya, Harry Kane selepas pemain itu dilaporkan tidak berminat untuk menyertai gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Dua bidaan Bayern Munich sebelum ini sudah pun ditolak dan Pengerusi Spurs, Daniel Levy dikatakan masih lagi meninggu tawaran lebih £100 juta (RM593.7 juta) atau Kane akan terus kekal bersama pasukan itu di London.

Bagaimanapun, Bayern masih yakin mampu membawa Kane ke Jerman dan Ketua Pegawai Operasinya, Jan-Christian Dressen menyokong penuh usaha untuk membawa penyerang England itu.

“Harry Kane memberikan isyarat jelas tentang pendiriannya dan jika dia pegang kata-katanya, kami pasti akan dapatkan khidmatnya. Kane mahu beraksi di pertandingan antarabangsa dan kami bernasib baik apabila Spurs tidak ada pertandingan besar musim depan,” katanya.

Tottenham Hotspurs juga dikatakan sedang menyiapkan kontrak baharu kepada Kane yang bakal menyaksikan pemain itu terima £400,000 (RM2.3 juta) seminggu

Dalam masa sama, Pengurus Spurs, Ange Postecoglou mendedahkan di sebalik berita perpindahannya, Kane begitu komited melakukan tugasnya mengikut apa yang sedang dibuat oleh kelab.

“Tiada seorang pun daripada Bayern yang bercakap dengan saya dan sepatutnya jika ada kelab berminat, merekalah yang perlu hadir menyatakan minat. Dia masih di sini dan selagi itulah dia kekal komited dengan apa yang kami lakukan.

“Kami masih ada masa hampir sebulan sebelum saingan bermula dan kita akan lihat apa yang akan berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI