fbpx

Gara-gara sibuk, Ariana Grande, suami bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIANA dan suaminya, Dalton Gomez sah bercerai selepas dua tahun berkahwin.

SELEPAS dua tahun berkahwin, pasangan selebriti popular Hollywood, Ariana Grande dan suaminya, Dalton Gomez berakhir selepas kedua-duanya rasmi berpisah.

Menurut laporan Daily Mail, rumah tangga penyanyi berusia 30 tahun itu dikhabarkan telah berakhir sejak Januari lalu, selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Selepas berpisah, kedua-duanya telah membawa haluan hidup masing-masing, malah Gomez dikatakan sudah mencari teman wanita baharu.

Punca perpisahan pelantun Thank You Next itu berpunca disebabkan jadual kerjanya yang padat sebagai seorang penyanyi terkenal sehingga menyebabkan kedua-duanya jarang bertemu.

Menurut sumber terdekat Grande, Gomez tidak menunjukkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya sehingga mereka akhirnya bercerai pada Januari lalu.

“Grande memang sibuk. Pada masa sama Gomez juga tidak menunjukkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Bahkan, dia juga sudah mempunyai teman wanita lain sejak beberapa bulan lalu,” kata sumber tersebut.

Kata sumber itu lagi, Grande dan Gomez sebelum ini pernah untuk memperbaiki perkahwinan mereka pada Mei lalu, namun tidak berhasil.

Grande dan Gomez sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei 2022 sebelum berkahwin pada tahun yang sama.

Gomez sebelum itu telah melamar Grande dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI